Assalamualaikum kepada muslim dan selamat sejahtera kepada non-muslim.
Pada 24nov2011-29nov2011 bersamaan hari khamis-selasa.
Jabatan pelajaran malaysia menganjurkan satu program iaitu
PROGRAM PERTUKARAN BUDAYA ANTARA PASUKAN BADAN BERUNIFORM MALAYSIA DENGAN PRAMUKA INDONESIA.
Dalam satu negeri hanya perlu menghantar 4 atau 5 orang wakil dan berlainan sekolah.
Ini lambang bendera Melaka.Pada mulanya kami berkumpul di jabatan pelajaran bukit baru dan
kami bertolak dari melaka ke Asrama 1 malaysia pada pukul 1.00petang dan sampai pada pukul 3.00petang.
- EN.ZAMIR-
-GURU PENGIRING KONTINJEN MELAKA-
Seramai 4 orang dari kontinjen Melaka. Berlainan sekolah dan uniform :)
-MUHAMMAD AL QAWIEM ABDUL RANI-
-KADET PERTAHANAN AWAM-
-SMK(A) SULTAN MUHAMMAD-
-HANI SUHAILA ABDUL AZIZ-
-PKBM(D)-
-SMK SUNGAI UDANG-
-AMRI MOHAMAD LAILY-
-KADET POLIS-
-SMK DURIAN TUNGGAL-
-NUR ALIAH SYAFI'AH SUKRI-
-KADET REMAJA SEKOLAH-
-SMK MALIM-

Ini dia ASRAMA 1 MALAYSIA dimana kami semua berkumpul dan menginap selama 3hari2malam bersamaan 24nov-26nov2011. Setelah sampai ke sini kami
mendaftarkan diri dan mendapatkan bilik untuk merehatkan diri.
Dan disinilah tempat pertemuan
dan mengenali sahabat baru, bersatu hati, suka duka bersama
walaupun pada mulanyasemua pendiam, dan malu malu belaka :D
Pada esokkan harinya pada pukul 5.00pagi kami semua sembahyang subuh
berjemaah. Dan mendengar sedikit taskirah pagi oleh EN.ANUAR. Walaupun mengantuk
tetapi semua kadet memberi tumpuan dengan baik. Selepas itu kami semua pergi kantin
dan bersarapan pagi untuk alas perut daripada kelaparan :)
NASI BUJANG :D
Pada petangnya pula kami membuat aktiviti dalam kumpulan yang dibahagikan
kepada 3.
KUMPULAN 1
Jyeah! semuanya comel comel dan hensem hensem belaka :D
Setiap kumpulan mestilah ada ketua kan,
kumpulan 1 : amri laily(melaka)
kumpulan 2 : ahmad azzim(perlis)
kumpulan 3 : muhd izzat(perak)
#saya ahli kumpulan 3 :)


Haa nampak tak gambar atas nie?
Dalam kumpulan kami dibagi satu permainan iaitu
Setiap kumpulan mestilah ada ketua kan,
kumpulan 1 : amri laily(melaka)
kumpulan 2 : ahmad azzim(perlis)
kumpulan 3 : muhd izzat(perak)
#saya ahli kumpulan 3 :)


Haa nampak tak gambar atas nie?
Dalam kumpulan kami dibagi satu permainan iaitu
permainan melepasi sarang labah labah untuk sampai ke palembang sekiranya lah :D
Permainan ini sangat best dan sumpah best. Rindu sangat time ni :p
Lepas habis aktiviti permainan dalam kumpulan pula,
Kami sekali lagi melakukan aktiviti kebudayaan dalam kumpulan
. Kebudayaan ituadalah BORIA yang dipilih oleh PN.SHARIFAH ATIKAH.
Setiap kumpulan ada 10orang penari, seorang tukang karang dan selebihnya backup singer.


Lepas habis aktiviti permainan dalam kumpulan pula,
Kami sekali lagi melakukan aktiviti kebudayaan dalam kumpulan
. Kebudayaan ituadalah BORIA yang dipilih oleh PN.SHARIFAH ATIKAH.
Setiap kumpulan ada 10orang penari, seorang tukang karang dan selebihnya backup singer.


Malamnya pula kami semua berkumpul untuk mendengar sedikit taklimat
dan mengedarkan BAJU, TOPI, BEG . Semua peserta excited bila dapat barang free dan
tak sabar untuk memakainya.*alhamdulillah :D
Pada esokkan harinya, iaitu 26nov2011 selepas sarapan pagi kami semua
berkumpul di dewan terbuka dan sewaktu kami mahu berangkat ke LCCT
kami dia beri kepada 2 kumpulan iaitu 20orang akan bertolak lebih awal
dan perlu ke jakarta. Manakala 70orang lagi lewat sedikit dan terus ke palembang.

Di LCCT pula, kumpulan 20orang peserta itu telah memasuki kapal terbang
untuk peterbangan mereka manakala 70orang peserta
baru sahaja sampai dan berehat, makan makan sambil
menunggu flight ke palembang pada pukul 16:55
dan berkumpul untuk memberi pasport peserta.

BYEBYE MALAYSIA.
HELLO INDONESIA.
Sampai sahaja di PALEMBANG,INDONESIA kami disambut baik oleh
embak gusti(kakak gusti) dan membawa kami menjamu selera dengan
makanan makanan tradisional sunda.


Selepas selesai menjamu selera, kami semua dibawa ke tempat penginapan.
HOTEL GRAND DUTA.
Hotel yang kami menginap berhampiran dengan pasaraya RAMAYANA dan
pasaraya besar PALEMBANG SQUARE MALL.
Kami semua diberi bilik dan setiap satu bilik kami mempunyai 3orang sahaja.

Rakan seHotel :)
Pada esoknya, 27nov2011 bersamaan hari Ahad. Aktiviti kami di Palembang ialah menyeberangi
Sungai Musi dan Jambatan Ampera (Ampera Bridge)
dan kami ke Pulau Kemarau atau orang orang di Palembang memanggilnya sebagai Pulau Kemaro. Selepas berjalan-jalan di situ, kami ke kedai makan untuk makan tengah hari.
Makan tengah hari kami ialah makanan Padang.
Selepas itu kami meneruskan perjalanan ke Stadium Gelora Sriwijaya
untuk membeli belah sedikit sebagai kenangan di Palembang.
PULAU KEMARO
GELORA SRIWIJAYA
MASJID AGUNG
Esoknya pula 28nov2011, hari yang dinanti kan, kami pergi ke sekolah yang ditetapkan oleh EN.ARIFFIN.
Semuanya segak dan cantik bila berpakaian Uniform masing masing. Kami pergi berasingan sekolah dan ada pancaragam tersendiri dari sekolah ke sekolah.
Kumpulan 1 pergi ke sekolah SMA PLUS NEGERI 17 PALEMBANG,
kumpulan 2 pergi ke sekolah SMA NEGERI 1 PALEMBANG,
kumpulan 3 pergi ke sekolah SMP NEGERI 1 PALEMBANG.
Sampai sahaja di sekolah, Kami disambut dengan rasa sangat terhormat
Ingatkan mereka sombong rupanya mereka peramah dan sangat baik
dengan dia punya lagu, persembahan membuat kami rasa nak menangis kegembiraan.
Kami berkumpul mendengar sedikit latar belakang sekolah,
Smp negeri 1 palembang, dimana pelajar mereka berumur dikalangan 13-15tahun.
Pada tahun 1930an Sekolah itu di buka dan paling tertua di palembang .
selepas itu, Kammi membuat persembahan BORIA
yang berlatih siang malam tuh dan hasilnya sangat memuaskan
Kami diberi sedikit makanan iaitu makan terkenal di palembang
PEMPEK kapal selam dan seri kaya. Sangat sedap dan enak.Selepas makan,
kami dibawa ke padang bola keranjang untuk menyaksikan
kawad pramuka dan persembahan mereka.
Ouhh tidak lupa, Kami sempat bertanya apa maksud PRAMUKA.
Pramuka bermaksud PRAJA MUDA KRANA iaitu
Rakyat muda yang suka berkarya. Pramuka ditubuhkan kerana
#menjadi calon pemimpin bangsa yang adil pada masa akan datang.
#menanam sikap cintakan tanah air
Haa selepas sahaja kami melawat sekolah,
kami menyinggah Kedai BATIK dan membeli baju baju dan kain batik. Actually,
kenbanyakkan perempuan yang kongke shopping disitu.
Dan selepas itu kami pergi pula PASAR 16, manakala disitu
tempat tumpuan ramai dan murah murah. Kebanyakkan semua duit habis disitu
dan tak lupa juga kami diberi peringatan oleh cikgu kerana distu banyak penyeluk saku
dan alhamdulillah tiada apa apa yang berlaku.
Kemudian setelah puas bershopping, Kami kali terakhir makan bersama rakan rakan
di restoran PONDOK KELAPA.
Esok harinya pula 29nov2011. Hari terakhir kami di palembang.
Kami sebilik semua bangun lambat akibat keletihan semalam tak habis lagi.
Cikgu bertanya jika ada sesiapa mahu belanja lagi boleh pergi
dan limit sampai pukul 10.30am.
Pada pukul 11am kami sudah berkumpul untuk check out dan
kami singgah ke restoran MASAKAN PADANG.
selepas itu kami terus menuju ke airport untuk penerbangan ke malaysia.
Pukul 9.30pm kami sampai di LCCT dan balik ke asrama 1 malaysia dan sampai
11.30pm. Ada yang tidur sehari lagi di asrama dan ada juga balik
ke negeri masing masing. Dan melaka balik terus malam tuh. Tiba masanya
perpisahan yang menyedihkan dan rasa nak kembali balik semula pergi.
Orang kata setiap pertemuan ada perpisahaan kan,
tak apa, Ada jodoh kita bertemu kembali :)
Kepada cikgu cikgu dan rakan rakan,
kami dari pihak MELAKA ingin meminta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki
kalau ada salah silap. Kenangan manis di palembang kami tidak akan lupakan :)
































































